Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar 16 tahun meninggal dunia selepas dihukum lompat katak

Seorang pelajar lelaki tiba-tiba rebah selepas menaiki cerun sambil melakukan lompat katak, sebagai hukuman kerana berbual semasa waktu rehat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar 16 tahun meninggal dunia selepas dihukum lompat katak

Gambar fail kereta polis China. (Gambar: Goh Chai Hin/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 05:56PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 06:05PM

CHINA: Seorang pelajar lelaki tiba-tiba rebah selepas menaiki cerun sambil melakukan lompat katak, sebagai hukuman kerana berbual semasa waktu rehat.

Zhang, 16 tahun, disuruh gurunya menaiki cerun sepanjang 20 meter sambil melakukan lompat katak. Agensi berita South China Morning Post (SCMP) diberitahu bahawa pelajar itu melakukan apa yang disuruh gurunya sebelum tiba-tiba rebah.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital di mana dia didapati turut mengalami pendarahan pada mulut, telinga dan hidungnya. Zhang disahkan meninggal dunia di hospital.

Polis tidak menemui bukti yang menunjukkan bahawa kematian remaja berkenaan disebabkan sebarang penganiayaan terhadapnya. Guru terbabit juga didapati tidak melakukan sebarang kekerasan berbentuk fizikal terhadapnya. Namun, guru berkenaan dan tiga lagi kakitangan sekolah disiasat pihak berkuasa tempatan bagi sebarang salah laku di tempat kerja, kata seorang jurucakap pihak berkuasa kepada SCMP.

"Polis belum lagi memfailkan kes tersebut, namun pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan," katanya.

Menurut keluarga pelajar itu, Zhang berbual bersama rakan asramanya semasa waktu rehat pada satu petang.

Guru mereka kemudian menyuruh Zhang dan rakannya melakukan lompat katak sambil meletakkan tangan mereka di bahagian belakang badan. Keluarga Zhang dilaporkan SCMP sudah melihat rakaman CCTV yang menunjukkan Zhang rebah sebaik sahaja tiba di atas cerun. Zhang disifatkan keluarganya sebagai seorang remaja yang kuat dan aktif.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan