Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peladang maut dibaham harimau Sumatera

Seorang peladang terbunuh selepas diserang seekor harimau Sumatera, menurut polis. Insiden serangan harimau itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh kurang sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Peladang maut dibaham harimau Sumatera

(Gambar: AFP/Thomas Samson)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 09:40AM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 09:42AM

PALEMBANG: Seorang peladang terbunuh selepas diserang seekor harimau Sumatera, menurut polis. Insiden serangan harimau itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh kurang sebulan.

Menurut pihak polis, lelaki berusia 55 tahun itu diserang haiwan tersebut di ladang kopi yang terletak di wilayah Sumatera Selatan, pada Khamis (12 Dis).

Pihak berkuasa menyatakan bahawa semasa kejadian, rakan mangsa berteriak untuk memberi amaran kepadanya mengenai haiwan tersebut.

“Secara tiba-tiba, harimau menerkam mangsa,” kata ketua polis tempatan, Ferry Harahap kepada AFP pada Jumaat (13 Dis).

Serangan maut itu berlaku selang beberapa minggu selepas seekor harimau membunuh seorang lagi petani di Pagaralam.

Sementara itu, pegawai agensi pemuliharaan tempatan, Encik Martialis Puspito berkata, serangan berlaku kerana manusia menceroboh habitat haiwan terancam itu. Beliau turut berkata bahawa para penduduk sudahpun diberi amaran supaya menjauhi kawasan hutan tersebut.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan