Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peladang bunuh anjing jiran, pelawa makan hidangan daging anjingnya

Gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising daripada anjing peliharaan jiran yang asyik menggonggong, seorang peladang berusia 62 tahun membunuh anjing itu, memasak dagingnya lalu mempelawa pemiliknya menjamah masakan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Peladang bunuh anjing jiran, pelawa makan hidangan daging anjingnya

(Gambar hiasan: Peril of Africa)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 08:12PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 08:18PM

SEOUL: Gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising daripada anjing peliharaan jiran yang asyik menggonggong, seorang peladang berusia 62 tahun membunuh anjing itu, memasak dagingnya lalu mempelawa pemiliknya menjamah masakan itu.

Suspek mendedahkan dia berasa sangat terganggu lalu melempar seketul batu ke arah anjing yang berusia dua tahun itu. Akibatnya, anjing itu pengsan.

"Selepas anjing itu tidak sedarkan diri, suspek mengaku dia mencekik haiwan itu lalu memasaknya," dedah detektif yang mengendalikan kes itu.

"Suspek kemudian mengundang jirannya untuk makan bersama, termasuk kepala rumah tangga keluarga yang memelihara anjing itu," tambah beliau.

Ia merupakan sebahagian daripada budaya rakyat Korea Selatan untuk memakan daging anjing. Namun, daging anjing tidak lagi terkenal sebagai hidangan masakan kerana kian ramai rakyat tempatan lebih menyukai anjing sebagai haiwan peliharaan. Malah, ia tidak dapat diterima terutama sekali dalam kalangan generasi muda.

Kes ini menjadi buah mulut orang ramai selepas anak perempuan keluarga itu berkongsi tentang kisah sedihnya di platform online untuk mendapat sokongan orang ramai supaya pesalah diberi hukuman berat. Sejauh ini, hampir 15,000 orang menandatangani petisyen itu.

"Kami pergi ke kawasan bandar dan mengagih-agihkan risalah yang mengandungi gambar, nombor telefon dan menawarkan wang ganjaran satu juta won (S$1,200) dalam usaha mencari anjing kami yang hilang," kata wanita itu.

Apabila saya mendekati rumah suspek, yang tinggal hanya tiga pintu jauh dari rumah kami, dia menunjukkan rasa simpatinya dan berjanji akan memberitahu kami sekiranya dia menemukan anjing itu.

Pada masa itu, bagaimanapun, peladang itu menyembunyikan anjingnya di kawasan ladangnya. Pada keesokan hari, suspek menziarahi ayahnya dan cuba untuk memujuknya yang baru kehilangan anjing.

"Dia menjemput para jiran untuk mengongsi daging anjing itu, termasuk ayah saya yang enggan untuk menerima jemputannya kerana beliau tidak makan daging anjing," katanya.
Satu juta anjing dimakan di Korea Selatan setiap tahun dan ia dipercayai dapat memberi mereka lebih banyak tenaga.

Para aktivis kini giat menjalankan kempen untuk mengharamkan memakan daging anjing. Di bawah undang-undang baru yang diperketat, pesalah yang mendera haiwan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda 20 juta won (S$24,500).  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan