Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja telekomunikasi digantung tugas gara-gara selamatkan kucing

Seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dilaporkan digantung tugas selama tiga minggu gara-gara menyelamatkan seekor kucing bulan lalu. Demikian menurut laporan CBS.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja telekomunikasi digantung tugas gara-gara selamatkan kucing

Seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dilaporkan digantung tugas selama tiga minggu gara-gara menyelamatkan seekor kucing. (Gambar: @SteveLindsayCBS/Twitter)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 10:12AM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 10:15AM

PHILADELPHIA: Seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dilaporkan digantung tugas selama tiga minggu gara-gara menyelamatkan seekor kucing bulan lalu. Demikian menurut laporan CBS.

Encik Maurice German menyelamatkan kucing itu yang terperangkap selama 12 jam di atas tiang apabila diminta seorang penduduk ketika sedang bertugas di kawasan Port Richmond.

Oleh kerana simpati terhadap kucing yang bernama Momma itu, Encik German bertindak menggunakan peralatan milik syarikatnya Verizon untuk membantu kucing itu.

Menurut laporan CBS, wakil syarikat Verizon dipetik berkata pihaknya tidak senang dengan tindakan lelaki itu kerana ia melanggar polisi syarikat selain sangat berbahaya kepada dirinya serta orang ramai.

Verizon dalam kenyataan balas menganggap hukuman yang dikenakan terhadap Encik German adalah wajar kerana polisi syarikat tidak membenarkan kenderaan dan peralatan syarikat digunakan untuk tujuan lain, lapor CBS lagi.

Sehubungan itu, syarikat itu tidak kisah sekiranya tindakannya tidak disenangi masyarakat atas alasan ia bagi menjaga keselamatan pekerja dan pelanggan semasa bertugas di luar kawasan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan