Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja tanpa sengaja dibayar gaji 100 kali ganda lebih besar

Jika anda menerima gaji yang jumlahnya lebih 100 kali ganda daripada gaji sebenar anda, apakah yang akan anda lakukan? Tentu akan terdetik di hati anda untuk menyimpan jumlah yang besar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja tanpa sengaja dibayar gaji 100 kali ganda lebih besar

(Gambar hiasan: William West/ AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 12:14PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 02:01PM

SYDNEY: Jika anda menerima gaji yang jumlahnya lebih 100 kali ganda daripada gaji sebenar anda, apakah yang akan anda lakukan? Tentu akan terdetik di hati anda untuk menyimpan jumlah yang besar itu.

Namun, tidak bagi individu ini. Beliau memilih untuk bersikap jujur. Gaji sebenarnya adalah sekitar A$5,000 (S$5,000) tetapi ketika beliau memeriksa akaun banknya, jumlah gaji dipindahkan hampir A$500,000, lapor BBC.

Kesilapan dilaporkan juruaudit didakwa berpunca daripada kesilapan manusia melibatkan kemasukan data yang salah. Pegawai yang ditugaskan tersalah letak titik perpuluhan pada jumlah yang seharusnya dipindahkan. Sistem juga gagal mengesan kesilapan ini untuk mengeluarkan amaran.

Menurut BBC, individu berkenaan sudahpun mengembalikan wang tersebut.

BBC difahamkan, terdapat lebih 700 'bayaran gaji terlebih' yang dilakukan di negara itu antara Julai 2017 hingga Januari 2018.

Daripada jumlah itu, AS$767,000 (S$1 juta) masih tidak dipulangkan sehingga akhir Januari lalu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan