Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja pelatih bank Hong Kong diarah bekerja dari rumah namun sebaliknya panjat bukit

Sekumpulan kakitangan pelatih pengurusan di Hang Seng Bank di Hong Kong mencetuskan kontroversi dengan pergi mengembara dan memuat naik gambar mereka online.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pelatih bank Hong Kong diarah bekerja dari rumah namun sebaliknya panjat bukit

(Gambar: SCMP)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 01:40PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 01:41PM

HONG KONG: Sekumpulan kakitangan pelatih pengurusan di Hang Seng Bank di Hong Kong mencetuskan kontroversi dengan pergi mengembara dan memuat naik gambar mereka online.

Ini sedangkan mereka sepatutnya bekerja dari rumah sebagai sebahagian daripada peraturan syarikat membendung penularan virus korona Covid-19.

Salah satu gambar yang dipetik menunjukkan kakitangan tersebut dengan berjaket dan berseluar jeans, mengambil gambar berkumpulan di Puncak Red Incense Burner di Gunung Summit dengan berlatar belakangkan matahari. Catatan itu dipaut frasa "kegiatan WFH terbaik" merujuk kepada bekerja dari rumah.

Sedang catatan itu menjadi tular pada Isnin (10 Feb) dan meraih kekaguman orang lain, pihak pengurusan bank tidak berpuas hati sambil menyatakan tindakan itu "tidak boleh dimaafkan". Namun, ia menarik perhatian bahawa kakitangan itu mungkin masih baru dan tidak biasa dengan aturan bekerja dari rumah.

Dalam kenyataannya, seorang jurucakap bank berkenaan menyatakan: "Kami dimaklumkan terdapat perbincangan online berhubung isu demikian. Kami memandang serius terhadap perkara itu.

"Bank ini mempunyai peraturan yang ditubuhkan bagi menangani insiden sedemikian dan kami akan terus mengambil tindakan lanjut terhadap perkara itu."

Hang Seng merupakan antara bank dan perniagaan di Hong Kong yang menutup cawangannya sedang ia berusaha membendung penularan virus korona Covid-19.

Hong Kong sebelum ini melanjutkan aturan bekerja dari rumah bagi para pegawai awam kepada 16 Feb.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan