Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja maut jatuh dalam lubang lif

Seorang pekerja buruh warga Bangladesh meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat tiga sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, di Seri Manjung di sini pada Khamis (24 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut jatuh dalam lubang lif

Gambar hiasan lubang lif (Gambar: Wiki Commons/François de Dijon)

Diterbitkan : 25 Dec 2018 07:38AM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 07:44AM

LUMUT: Seorang pekerja buruh warga Bangladesh meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat tiga sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, di Seri Manjung di sini pada Khamis (24 Dis).

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Zabudin Mat Rose berkata mangsa berumur 32 tahun itu ditemui tidak bergerak dan dalam keadaan terlentang di dalam lubang di tingkat paling bawah pangsapuri berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.40 petang sebelum lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
“Menurut rakan mangsa, mangsa terjatuh dari tingkat tiga dan mayatnya berada di dalam sebuah lubang kira-kira tiga meter dari tingkat paling bawah pangsapuri.

Kita kemudiannya mengeluarkan mangsa menggunakan tali sebelum lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi.

Encik Zabudin berkata pemeriksaan lanjut mendapati ruangan lif tersebut masih dalam pembinaan dan terdapat lif sementara di luar pangsapuri yang mempunyai 35 tingkat itu untuk kegunaan pekerja.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.17 petang semalam dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan