Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja M'sia di S'pura dibenar kembali ke Johor dengan syarat jalani ujian swab COVID-19

Rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dibenarkan untuk kembali ke Johor dengan syarat perlu menjalani ujian swab di klinik atau hospital bagi mengesahkan bebas daripada virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja M'sia di S'pura dibenar kembali ke Johor dengan syarat jalani ujian swab COVID-19

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 10:32AM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 10:37AM

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dibenarkan untuk kembali ke Johor dengan syarat perlu menjalani ujian swab di klinik atau hospital bagi mengesahkan bebas daripada virus korona COVID-19.

Menyusuli arahan terbaru itu, Jabatan Imigresen Johor menyatakan surat pengesahan bebas gejala COVID-19 oleh klinik atau hospital di Singapura seperti yang ditetapkan sebelum ini adalah tidak terpakai.

Menurut jabatan itu, rakyat atau Penduduk Tetap Malaysia yang berada di Singapura dibenarkan masuk ke Malaysia dan tertakluk kepada peraturan serta prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.

Jabatan Imigresen Johor memaklumkan arahan terbaru itu menerusi soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dimuat naik ke laman Facebook jabatan itu pada Sabtu (4 Apr).

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar ke Singapura sehingga tamat tempoh PKP.

Hanya warga Singapura dengan status Penduduk Tetap Malaysia saja dibenarkan untuk pulang ke Singapura serta hanya dibenarkan kembali semula ke Malaysia selepas tamat tempoh PKP.

Bagi rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dan pertama kali dipanggil majikan untuk bertugas, mereka dibenarkan ke Singapura dengan syarat perlu mengemukakan salinan surat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura kepada pegawai imigresen bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

Selain itu, mereka perlu mengemukakan surat majikan dan kesanggupan majikan untuk menyediakan makan, minum serta tempat tinggal sepanjang tempoh PKP di Malaysia yang berakhir 14 April ini.

Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang Malaysia yang memegang Pas Pelajar dan Pas Mengiringi Pelajar/Pas Isteri atau Suami kepada Penduduk Tetap Malaysia/pemegang Pas Malaysia My Second Home (MM2H)/pemegang Pas Penggajian dan Pas Tanggungan, pemegang Pas Residen, pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak dibenarkan masuk ke Malaysia sehingga tamat tempoh PKP, namun pemegang pas tersebut dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKP.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan