Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja Coffee Bean & Tea Leaf rakam video buktikan straw beras boleh dimakan

 Seorang barista di sebuah cawangan Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia tular di TikTok setelah membuktikan bahawa straw  yang diperbuat daripada beras di bawah jenama syarikat itu sebenarnya boleh dimakan

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja Coffee Bean & Tea Leaf rakam video buktikan straw beras boleh dimakan

Azmey meraih pujian dari pengguna media sosial kerana mempromosikan dengan bijak jenama itu melalui video tutorial stro beras. (Petikan video: AzmeyZainal/TikTok)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 12:01PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 01:55PM

PETALING JAYA: Seorang barista di sebuah cawangan Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia tular di TikTok setelah membuktikan bahawa straw yang diperbuat daripada beras di bawah jenama syarikat itu sebenarnya boleh dimakan.

Azmey Zainal merakam satu video untuk membuktikan kepada ramai pengguna media sosial yang keliru sama ada straw tersebut boleh dimakan. Video yang dimuat naik ke akaun TikToknya itu sudahpun ditonton lebih sejuta kali.

“Jika anda membeli minuman dan membuka bungkusan plastik straw, anda akan lihat satu straw berwarna ungu," katanya dalam video itu seperti dilaporkan Malay Mail.

Setelah menghirup airnya sedikit, Azmey kemudian menggigit bahagain atas straw itu. Beliau berkata meskipun straw itu boleh dimakan, beliau mencadangkan agar ia dibiarkan rendam dalam minuman buat seketika sehingga mencapai tekstur lembut seperti jeli untuk dimakan.

Ramai memuji strategi pemasaran kreatif manakala ada yang betul-betul terkejut apabila mendapat tahu straw itu sebenarnya boleh dimakan.

Sebelum ini, lapor Malay Mail, Azmey juga memuat naik video lain mengenai produk-produk syarikat itu. Ini termasuk perbezaan antaran cappuccino dan latte dan bahkan juga perbezaan tawaran jenaman itu dengan pesaingnya, Starbucks.

Dalam satu catatan oleh rangkaian kafe itu pada April lalu, ia menyatakan straw beras merangkumi 100 peratus bahan asli dan boleh mengurai sepenuhnya dalam masa kurang 90 hari.

Ia juga menyatakan bahawa straw diperbuat daripada beras itu adalah mampan, boleh dimakan dan boleh melalui proses penguraian.

 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan