Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja asing ditemui maut dibaham buaya

Seorang lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mencari ketam di muara sungai di Ladang Segi Pakatan Niah, tengah hari Selasa (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja asing ditemui maut dibaham buaya

(Gambar hiasan: WikiMedia Commons)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 07:48AM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 07:50AM

MIRI: Seorang lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mencari ketam di muara sungai di Ladang Segi Pakatan Niah, tengah hari Selasa (12 Feb).

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, dalam kejadian 1.00 tengah hari itu, mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan dan anak saudaranya mencari ketam di dua lokasi berbeza.

"Anak saudaranya mencari mangsa di tempat mangsa mencari ketam tetapi mendapati dia tiada di lokasi cuma barang-barang mangsa yang ada di tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.

Beliau berkata, anak saudaranya cuba mencari mangsa di sekitar sungai namun hanya ternampak kepala mangsa terapung di sungai dan terus tenggelam.

"Mayat mangsa telah dijumpai di sungai pada 6.00 petang ini, hasil siasatan awal mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badan mangsa," katanya sambil menambah mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan