Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pekerja Amazon di Jerman mogok kerana jangkitan COVID-19

Para pekerja di enam tapak pusat logistik Amazon di Jerman akan mengadakan mogok pada Isnin (29 Jun) sebagai bantahan terhadap keselamatan mereka setelah beberapa kakitangan diuji positif bagi COVID-19, kata kesatuan pekerja Verdi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja Amazon di Jerman mogok kerana jangkitan COVID-19

Sebuah bungkusan Amazon di sebuah pusat logistik di Jerman (Gambar fail: REUTERS/Michaela Rehle)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 09:20AM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 09:26AM

FRANKFURT: Para pekerja di enam tapak pusat logistik Amazon di Jerman akan mengadakan mogok pada Isnin (29 Jun) sebagai bantahan terhadap keselamatan mereka setelah beberapa kakitangan diuji positif bagi COVID-19, kata kesatuan pekerja Verdi.

Verdi menyatakan pada Ahad (28 Jun) bahawa mogok itu akan berlangsung sekurang-kurangnya 48 jam, menggunakan cogan kata 'Pekerjaan yang baik dan sihat', sebagai kritikan terhadap apa yang disifatkannya sebagai kurang ketelusan oleh syarikat peruncit gergasi Amerika Syarikat itu setelah para pekerjanya diuji positif bagi jangkitan COVID-19 .

"Kami menerima maklumat bahawa sekurang-kurangnya 30 hingga 40 kakitangan dijangkiti," kata wakil Verdi, Orhan Akman.

Amazon menghadapi pertikaian berlanjutan dengan kesatuan-kesatuan di Jerman berhubung isu gaji dan sekitaran yang lebih baik bagi para pekerja logistik, yang kerap mengadakan mogok sejak 2013.

Verdi menyatakan mogok itu akan menjejas tapak-tapak kerja Amazon di Leipzig, Bad Hersfeld, Rheinberg, Werne dan Koblenz. Ia menuduh Amazon mengutamakan keuntungan daripada keselamatan pekerjanya.

Amazon menolak tuduhan itu dalam satu kenyataan dan menyatakan bahawa setakat bulan Jun pihaknya sudah melaburkan AS$4 bilion (S$5.57) untuk langkah-langkah melindungi tenaga kerja dan pelanggannya di seluruh dunia dari risiko jangkitan COVID-19.

Di Jerman, pasaran terbesarnya di luar Amerika Syarikat, Amazon telah menempah 470 juta botol cecair pembasmi kuman, 21 juta pasang sarung tangan, 19 juta pelitup dan alat pelindung wajah yang lain serta 39 juta kotak tisu pembasmi kuman sejak Februari kata jurucakap Amazon di Jerman.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan