Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pejuang akan teliti Belanjawan 2021 sebelum beri sokongan di Dewan Rakyat

Kenyataan tersebut turut menyebut penelitian terhadap Belanjawan 2021 bukan bertujuan politik sebaliknya untuk menunaikan janji kepada rakyat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pejuang akan teliti Belanjawan 2021 sebelum beri sokongan di Dewan Rakyat

(Gambar: Facebook/Dr Mahathir Mohamad)

Diterbitkan : 02 Nov 2020 10:10AM Dikemas Kini : 02 Nov 2020 10:13AM

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Malaysia mahu meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November sebelum membuat keputusan untuk memberi sokongan.

Pendirian itu adalah keputusan sebulat suara empat Ahli Parlimen Bebas parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading). 

Dalam kenyataan bersama pada Ahad (1 Nov), mereka berkata langkah itu bertujuan bagi memastikan Belanjawan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan menghidupkan semula ekonomi negara. 

"Kami merasakan, memberi persetujuan tanpa terlebih dahulu meneliti isi kandungan belanjawan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, empat Ahli Parlimen itu juga mempunyai pandangan dan idea tentang cara membantu mengatasi bahagian tertentu masalah ekonomi negara.

Kenyataan tersebut turut menyebut penelitian terhadap Belanjawan 2021 bukan bertujuan politik sebaliknya untuk menunaikan janji kepada rakyat. 

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan