Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam Negara Tommy Thomas tidak akan terajui pendakwaan terhadap Najib

Peguam negara Malaysia, Tommy Thomas, hari ini (31 Ogos) mengatakan bahawa beliau tidak lagi menerajui pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, sambil menyifatkannya sebagai "komitmen berat".

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam Negara Tommy Thomas tidak akan terajui pendakwaan terhadap Najib

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 07:44PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 07:48PM

MALAYSIA: Peguam negara Malaysia, Tommy Thomas, hari ini (31 Ogos) mengatakan bahawa beliau tidak lagi menerajui pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, sambil menyifatkannya sebagai "komitmen berat".

"Setelah berkhidmat selama hampir tiga bulan dan mengalami sendiri tuntutan pejabat-pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya, termasuk keperluan yang pelbagai bagi ketua pegawai undang-undang dalam pentadbiran pembentukan semula, saya baru sedar bahawa saya tidak dapat menggabungkan komitmen berat dan secara serentak, bersiap sedia dan menjalankan perbicaraan selama tujuh minggu," menurut Encik Thomas dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, peguam Sulaiman Abdullah dilantik untuk mengetuai pendakwaan tersebut.

Tambahan lagi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dilantik sebagai Pendakwa Raya Awam Kanan untuk menerajui persiapan untuk tuduhan-tuduhan dan pendakwaan-pendakwaan berhubung "banyak perjanjian palsu yang berkaitan dengan skandal 1MDB (1 Malaysia Development Berhad)", tambah Encik Thomas.

Kedua-dua individu yang dilantik mengetepikan yuran masing-masing dan memberi khidmat secara percuma.

Menurut Peguam Negara itu, perbicaraan yang begitu "penting dan rumit" memerlukan perhatian penuh pihak pentadbiran, bukan saja semasa proses perbicaraan tetapi bulan selanjutnya dan bersiap sedia untuk penyerahan bertulis selepas perbicaraan itu.

Encik Najib menghadapi pelbagai tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram.

Semua tuduhan berkaitan dengan dakwaan pemindahan wang sebanyak RM42 juta (S$14 juta) dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB ke bank akaun peribadi Encik Najib.

Perbicaraan tersebut akan bermula pada 12 Februari tahun depan dan dijadualkan berlangsung sehingga 29 March 2019.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan