Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam Gambia kutuk Aung San Suu Kyi hanya membisu tentang penghapusan kaum Rohingya

Gambia pada Khamis (12 Dis) mengutuk tindakan Aung San Suu Kyi yang hanya berdiam diri atas nasib kaum Islam Rohingya setelah pemenang anugerah Nobel bagi keamanan itu membela Myanmar terhadap tuduhan pembunuhan beramai-ramai .

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam Gambia kutuk Aung San Suu Kyi hanya membisu tentang penghapusan kaum Rohingya

Cik Aung San Suu Kyi. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 12 Dec 2019 10:30PM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 10:34PM

THE HAGUE: Gambia pada Khamis (12 Dis) mengutuk tindakan Aung San Suu Kyi yang hanya berdiam diri atas nasib kaum Islam Rohingya setelah pemenang anugerah Nobel bagi keamanan itu membela Myanmar terhadap tuduhan pembunuhan beramai-ramai ketika beliau tampil di mahkamah tertinggi Persatuan Bangsa-Banga Bersatu (PBB).

Para peguam bagi negara Afrika itu mengatakan hujahannya bahawa tindakan keras tentera Myanmar pada tahun 2017 adalah satu "operasi pembersihan" yang menyasarkan militan tidak menghiraukan dakwaan membunuh secara besar-besaran, rogol dan pengusiran.

"Perkataan 'rogol' tidak sekalipun terkeluar dari bibir ejen," peguam Gambia Philippe Sands memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sambil merujuk kepada Suu Kyi yang bertindak secara rasmi selaku ejen Myanmar dalam kes berkenaan.

Gambia, yang kebanyakan penduduknya orang Islam, mengheret Myanmar, negara yang majoriti penduduknya penganut Buddha, ke ICJ dengan menuduhnya melanggar konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai PBB 1948 dan berusaha mengambil langkah-langkah kecemasan bagi melindungi Rohingya.

Pernah disanjung sebagai ikon hak asasi antarabangsa kerana mengutuk pentadbiran kejam Myanmar, reputasi Suu Kyi kemudian tercelar oleh keputusannya untuk menyebelahi tentera Myanmar dalam krisis Rohingya.

Beliau menggunakan penampilan dramatik di mahkamah di The Hague pada Rabu (11 Dis) untuk mengatakan bahawa tiada "niat membunuh secara beramai-ramai" di sebalik operasi yang menyebabkan sekitar 740,000 kaum Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh.

Suu Kyi membela tindakan Myanmar dengan berkata ia menghadapi "konflik dalaman" dan bahawa tentera itu menjalankan "operasi penghapusan" setelah satu serangan oleh Rohingya pada Ogos 2017.

Namun, Paul Reichler, seorang lagi peguam Gambia, berkata antara mangsa yang terkorban termasuk "kanak-kanak kecil yang dipukul sampai mati atau dipisahkan oleh ibu mereka dan dicampak ke dalam sungai hingga lemas. Berapa ramai di antara mereka adalah pengganas?"

Peguam itu menambah Suu Kyi juga gagal untuk menafikan kesimpulan satu siasatan PBB pada 2018 yang mendapati bahawa pembunuhan beramai-ramai dilakukan di Myanmar terhadap kaum Rohingya.

Suu Kyi dijangka membuat penyampaian penutup pada lewat Khamis.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan