Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam: Berita tiada yang tuntut rampasan Rosmah tidak benar

Salah seorang peguam kepada isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor menolak dakwaan bahawa tiada yang menuntut secara rasmi aset-aset yang disita dalam siri serbuan yang dilancarkan ke atas kediaman Encik Najib Razak beberapa bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam: Berita tiada yang tuntut rampasan Rosmah tidak benar

Gambar fail isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 11:14AM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 11:18AM

PUTRAJAYA: Salah seorang peguam kepada isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor menolak dakwaan bahawa tiada yang menuntut secara rasmi aset-aset yang disita dalam siri serbuan yang dilancarkan ke atas kediaman Encik Najib Razak beberapa bulan lalu.

Ini disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim dalam satu sidang media semalam (13 Sep).

Menurut Malaysiakini, peguam Rosmah, Encik Iskandar Shah Ibrahim menegaskan bahawa pihaknya sudah membuat permohonan rasmi bagi menuntut barangan milik Cik Rosmah dan dua anaknya, Nooryana Najwa dan Mohd Ashman sejak dua bulan lalu.

"Bagaimanapun, permohonan kami ditolak polis atas alasan siasatan masih dijalankan," tambah Encik Iskandar kepada Malaysiakini.

Encik Iskandar selanjutnya berkata bahawa polis belum memanggil Cik Rosmah untuk memberi keterangan berhubung barang-barang yang dirampas.

Dalam surat permohonan tuntutan yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, permintaan dilakukan pada 24 dan 25 Julai lalu. Surat itu ditujukan kepada Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Khalil Azlan Chik.

Satu lagi surat daripada Unit AMLA bertarikh 30 Julai dilaporkan ditandatangani Encik Khalil yang menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan. Lantaran itu, permohonan Cik Rosmah ditolak.

Antara yang dirampas dalam satu siri serbuan sebelum ini termasuk wang tunai dan barangan mewah seperti beg tangan berjenama. Polis merampas 284 kotak beg tangan mewah dan 72 beg yang dipenuhi wang tunai dan barang kemas.

Nilai pasaran keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM1.1 bilion (S$360,000 juta). 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan