Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai tentera dan polis mungkin dipecat jika gagal tangani kebakaran

Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengancam untuk memecat pegawai tentera dan polis sekiranya mereka gagal melawan kebakaran hutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai tentera dan polis mungkin dipecat jika gagal tangani kebakaran

(Gambar: AFP/Romeo GACAD)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 11:46PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 11:52PM

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengancam untuk memecat pegawai tentera dan polis sekiranya mereka gagal melawan kebakaran hutan. Beliau juga berjanji pemerintah akan memperuntukkan dana bagi kelengkapan teknologi tinggi untuk melawan api.

Negara itu kini mengerahkan ribuan anggota tentera dan polis untuk memadamkan kebakaran hutan setelah mengisytiharkan keadaan darurat di enam daerah di Sumatera, selain di Kalimantan.

"Saya menelefon komander tentera dan polis untuk menggantikan mereka yang tidak dapat menangani kebakaran hutan dan tanah.

"Jangan memandang rendah titik-titik panas. Padamkan api kecil dengan segera sebelum ianya merebak," ujar Encik Jokowi pada Selasa (6 Ogos).

Peladang Indonesia membakar untuk melapangkan tanah semasa musih kering, namun api mungkin tidak terkawal dan menghasilkan jerebu yang merebak ke negara-negara berdekatan seperti Singapura dan Malaysia.

Indonesia mencatatkan rekod tertinggi bagi jumlah titik panas tahun ini setelah kebakaran teruk pada 2015 dan menghadapi tekanan dunia untuk menghentikan cara membakar ladang untuk mengosongkan tanah, selalunya untuk perkebunan pulpa dan pokok kelapa sawit.

Presiden Jokowi, yang akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Singapura minggu ini, sudahpun maklum tentang aduan jerebu dari negara-negara jirannya.

Pihak berkuasa Malaysia memberi amaran kepada orang awam supaya mengelak daripada membakar ekoran kebakaran hutan berlaku di Indonesia.
Pada Isnin (5 Ogos), menteri sekitaran Malaysia menggesa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) supaya mengambil langkah bagi menghalang jerebu rentas sempadan, semasa 5 negara Asia Tenggara bertemu di Brunei minggu ini.

Setakat ini, Indonesia sudah mengesan 975 titik panas, dengan 135,000 hektar tanah terbakar di 18 wilayah.

Presiden Widodo juga mengatakan bahawa titik-titik panas perlu dikenal pasti melalui kelengkapan moden seperti dron.

Menurut beliau: "Jika pemerintah daerah tidak mampu, saya akan beli untuk kamu."

Pihak berkuasa Indonesia merancang untuk melakukan kapal terbang bagi pengeboman air dan pembenihan awan untuk melawan kebakaran.

Kemarau sudah melanda sebahagian besar kepulauan Indonesia di mana corak cuaca El Nino ringan mengganggu musim kering," kata para pegawai cuaca, dengan puncaknya dijangka berlangsung dari pertengahan Ogos hingga ke pertengahan September. 

Sumber : Reuters/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan