Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai polis Perancis cedera selepas ditikam di Cannes

Seorang pegawai polis warga Perancis mengalami kecederaan pada Isnin (8 Nov) selepas seorang lelaki yang mendakwa dirinya bertindak "atas nama Nabi" semasa menikam mangsa di Cannes, menurut sumber polis kepada AFP.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai polis Perancis cedera selepas ditikam di Cannes

Gambar: AFP

Diterbitkan : 08 Nov 2021 05:24PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 05:25PM

PARIS: Seorang pegawai polis warga Perancis mengalami kecederaan pada Isnin (8 Nov) selepas seorang lelaki yang mendakwa dirinya bertindak "atas nama Nabi" semasa menikam mangsa di Cannes, menurut sumber polis kepada AFP.

Sumber-sumber polis yang menyiasat kes tersebut menyifatkannya sebagai serangan pengganas.

Pegawai polis berkenaan sedang duduk dalam kereta di depan sebuah balai polis pada 6.30 pagi apablia penyerang membuka pintu kereta lalu menikamnya menggunakan sebilah pisau, menurut satu sumber, tanpa mendedahkan namanya.

Pegawai polis itu terselamat disebabkan oleh pakaian kalis peluru, menurut sumber tersebut.

Penyerang pula cedera parah semasa cuba ditahan oleh seorang lagi pegawai polis. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan