Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai pengangkutan M'sia selar penyiar negara tidak siar ucapan menteri

Setiausaha akhbar Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke munuduh stesen penyiar negara RTM melakukan sabotaj, setelah ia gagal menyiarkan ucapan oleh menteri itu semasa satu acara rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai pengangkutan M'sia selar penyiar negara tidak siar ucapan menteri

Logo RTM. (Gambar: Facebook/RTM)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 02:44PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 02:51PM

PETALING JAYA: Setiausaha akhbar Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke munuduh stesen penyiar negara RTM melakukan sabotaj, setelah ia gagal menyiarkan ucapan oleh menteri itu semasa satu acara rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.

Dalam satu catatan Facebook pada Ahad (17 Feb), Encik Lim Swee Kuan menulis: "Adakah RTM sedang sabotaj Kerajaan Persekutuan?"

"Langsung tidak ada sedutan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke disiarkan!"

 

Encik Lim menuntut penjelasan daripada saluran media milik negara itu.

"Tindakan mesti diambil terhadap kemungkinan besar langkah sabotaj ke atas pentadbiran kerajaan ini," katanya.

Setiausaha akhbar itu turut berkata pada Ahad bahawa beliau akan membuat aduan rasmi kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Dalam satu catatan Facebook kedua pada Isnin, Encik Lim berkongsi satu laporan berita yang menunjukkan bahawa Encik Gobind akan meneliti "dakwaan unsur-unsur sabotaj terbabit".

"Perkara itu dibincangkan malam semalam dan saya melihat catatan itu pagi ini sebelum ke lapangan terbang," menurut Encik Gobind seperti ditukil oleh Malaysiakini.

"Saya sudah meminta RTM menyediakan laporan. Sebaik saja saya membacanya, saya akan lakukan yang perlu." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan