Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai Korea Utara berhimpun di stesen kereta api Vietnam sambut ketibaan Kim Jong Un

Para pegawai Korea Utara berhimpun di sebuah stesen kereta api Vietnam yang bersempadan dengan China hari ini (26 Feb) untuk menyambut ketibaan pemimpin negara itu, Kim Jong Un, menjelang sidang kemuncak kedua beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Korea Utara berhimpun di stesen kereta api Vietnam sambut ketibaan Kim Jong Un

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un setibanya di stesen kereta api Dong Dang. (Gambar: Agensi Berita Vietnam/AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 02:51PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 02:54PM

ANOI: Para pegawai Korea Utara berhimpun di sebuah stesen kereta api Vietnam yang bersempadan dengan China hari ini (26 Feb) untuk menyambut ketibaan pemimpin negara itu, Kim Jong Un, menjelang sidang kemuncak kedua beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Ini menurut laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Di Stesen Dong Dang yang terletak beberapa kilometer dari selatan sempadan China, sebuah pancaragam tentera memulakan alunan muzik di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat dan barisan bendera Vietnam serta Korea Utara di laluan masuk.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dijangka tiba tidak lama lagi selepas melakukan perjalanan merentasi China dengan menaiki kereta api yang berlepas dari stesen Pyongyang pada petang Sabtu (23 Feb).

Para pegawai tinggi Korea Utara termasuk 'butler' beliau, Kim Chang Son, dan perunding nuklear terkemuka, Kim Hyok Chol, dilihat berada di luar bangunan yang menempatkan stesen itu.

Turut kelihatan Duta Korea Utara ke Vietnam Kim Myong Gil dan Pak Chol, yang merupakan naib pengerusi Jawatankuasa Keamanan Korea- Asia Pasifik.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan