Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai konsulat Britain sah ditahan China

China mengesahkan hari ini (21 Ogos) bahawa ia menahan seorang pengawai konsulat Britain di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai konsulat Britain sah ditahan China

Simon Cheng, seorang pengawai konsulat Britain di Hong Kong. (Gambar: https://www.carrielam.hk/)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 07:48PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 07:50PM

BEIJING: China mengesahkan hari ini (21 Ogos) bahawa ia menahan seorang pengawai konsulat Britain di Hong Kong.

Kementerian Luar China menyatakan Simon Cheng ditahan polis di bandar Shenzhen yang bersempadan dengan Hong Kong kerana melanggar peraturan pengurusan keselamatan awam.

Semasa satu taklimat media yang diadakan, jurucakap kementerian luar China, Geng Shuang, berkata Cheng diletakkan "di bawah penahanan urus tadbir" oleh polis Shenzhen.

Cheng berada di Shenzhen pada 8 Ogos bagi lawatan perniagaan.

Pada malam itu, Cheng melakukan perjalanan pulang ke Hong Kong dengan menaiki kereta api laju. Beliau menghantar kiriman mesej kepada temanitanya semasa melalui kastam.

"Kami tidak dapat menghubunginya sejak itu," kata keluarga Cheng menerusi catatan Facebook.

Penangkapan Cheng dijangka menegangkan lagi hubungan antara China dengan Britain berkaitan pergolakan di Hong Kong sekarang.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China menegaskan penangkapan Cheng merupakan isu ehwal dalam negeri China kerana beliau ialah seorang rakyat tempatan. 

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan