Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai imigresen Johor yang pukul kepala warga asing, dikenakan tindakan disiplin

Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atas seorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai imigresen Johor yang pukul kepala warga asing, dikenakan tindakan disiplin

Petikan gambar YouTube.

Diterbitkan : 30 May 2018 08:28PM Dikemas Kini : 30 May 2018 08:34PM

KUALA LUMPUR: Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atas seorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Insiden tersebut, yang berlaku di Pejabat Imigresen di Wisma Persekutuan Johor Bahru pagi tadi (30 Mei), tular di media sosial.

Video berkenaan menunjukkan seorang pegawai memukul bahagian kepala dan wajah seorang lelaki yang dipercayai warga Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen, Encik Mustafar Ali berkata demikian menyusuli satu kejadian. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenakan tindakan tahan kerja ke atas pegawai berkaitan dengan serta merta.

"Tindakan serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan.

"Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan, serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian," katanya.

Encik Mustafar berkata, tindakan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertentangan dengan etika jabatan serta perkhidmatan awam.

Menurutnya, tindakan tatatertib berdasarkan Perturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 boleh dikenakan terhadap pegawai tersebut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan