Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai hak asasi PBB gesa M'sia hentikan perkahwinan bawah umur

Malaysia seharusnya mengharamkan perkahwinan bawah umur secara serta merta, gesa seorang pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai hak asasi PBB gesa M'sia hentikan perkahwinan bawah umur

Jumlah perkahwinan Muslim di Singapura tidak jatuh mendadak semasa pandemik COVID-19. (Gambar hiasan: AFP/Jay Directo)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 10:18PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 10:30PM

KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya mengharamkan perkahwinan bawah umur secara serta merta, gesa seorang pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (1 Okt). Langkah itu sekali gus memasuki gelanggang kontroversi yang tercetus sejak Julai menyusuli laporan berkenaan pernikahan antara seorang lelaki warga Malaysia berusia 44 tahun dan remaja perempuan Thai berusia 11 tahun.

Pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih kuasa sejak Mei, sudah berjanji menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Ini mencetuskan tindak balas lantang oleh sebilangan pemimpin Islam konservatif yang berhujah bahawa pernikahan awal adalah jalan keluar bagi isu-isu sosial seperti anak luar nikah.

Maud de Boer-Buquicchio, pelapor khas PBB bagi perdagangan dan ekploitasi seksual kanak-kanak, menggesa kerajaan Malaysia agar melindungi hak kanak-kanak, terutamanya remaja perempuan.

Remaja perempuan yang bernikah pada usia muda menghadapi risiko keganasan rumahtangga dan seringkali dihalang daripada mendapatkan pendidikan, menurut Cik de Boer-Buquicchio.

"Dengan menikahkan mereka, anda menghalang remaja-remaja perempuan ini hak asasi mereka," kata beliau yang sedang melakukan dalam lawatan lapan hari ke Malaysia.

Di Malaysia, usia minimum pernikahan di bawah undang-undang sivil adalah 18 tahun. Namun, remaja perempuan boleh dinikahkan pada usia 16 tahun jika diberi keizinan Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri. Undang-undang Syariah pula meletakkan had usia minimum pernikahan bagi remaja perempuan pada 16 tahun dan membenarkan pernikahan lebih muda dengan keizinan mahkamah Syariah.

Bagaimanapun pegawai PBB itu menggesa agar Malaysia memansuhkan sebarang pengecualian yang membenarkan kanak-kanak untuk dinikahkan, seraya berkata "tidak boleh ada pengecualian".

Lebih 5,000 permohonan bagi pernikahan bawah umur dibuat di mahkamah Syariah antara 2013 dan 2017, menurut perangkaan kerajaan. Namun banyak lagi pernikahan bawah umur tidak dilaporkan, terutamanya di kalangan kaum asli di Sabah dan Serawak, kata de Boer-Buquicchio.

"Sudah tiba masa untuk bertegas," kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia perlu mendampingi para pemimpin agama dan budaya berhubung isu itu.

"Azam politik sudah ada, namun persoalannya adalah bagaimana anda boleh mendampingi pelbagai entiti berbeza-beza itu."

Tahun lalu, Malaysia meluluskan undang-undang berhubung jenayah seks terhadap kanak-kanak namun tidak menjadikan perkahwinan bawah umur satu kesalahan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan