Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai atasan Saudi berbincang dengan Setiausaha Negara, Pertahanan AS

Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi pada Khamis (10 Okt) berkata beliau membincangkan tentang kerjasama keselamatan dan ketenteraan serantau bersama para pegawai kanan pemerintah Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai atasan Saudi berbincang dengan Setiausaha Negara, Pertahanan AS

Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman semasa mesyuarat di Pentangon, Washington, Amerika Syarikat pada 29 Ogos 2019. (Gambar fail: James Lawler Duggan/REUTERS)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 08:02PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 08:05PM

DUBAI: Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi pada Khamis (10 Okt) berkata beliau membincangkan tentang kerjasama keselamatan dan ketenteraan serantau bersama para pegawai kanan pemerintah Amerika Syarikat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan Iran, menyusuli serangan ke atas kemudahan minyak Saudi bulan lalu.

Arab Saudi dan Amerika Syarikat menyalahkan seteru mereka, Tehran, dalam serangan ke atas loji-loji minyak pada 14 September lalu. Akibat serangan tersebut, pengeluaran minyak oleh negara pengeksport utama dunia itu merosot sehingga separuh. Namun, Tehran menafikan tuduhan tersebut.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bulan lalu berkata Riyadh lebih memilih jalan penyelesaian politik daripada peperangan, tetapi memberi amaran bahawa harga minyak boleh melonjak kepada "angka yang tidak dapat dibayangkan" jika dunia tidak menghalang Iran.

Timbalan Menteri Pertahanan pula, Putera Khalid bin Salman iaitu adik kepada Putera Mahkota Mohammed, berkata dalam catatan Twitternya bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Mark Esper.

Arab Saudi dan Amerika Syarikat "berdiri teguh dalam memperkukuh keamanan dan kestabilan serantau serta antarabangsa", kata Putera Khalid berhubung rundingannya dengan Encik Pompeo.

Beliau dan Encik Esper membincangkan cabaran-cabaran keselamatan bersama dan menegaskan lagi "kerjasama ketenteraan yang kuat dalam menentang keganasan serta memelihara keamanan dan kestabilan," ujar putera itu lanjut.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan