Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai, anggota polis didakwa terlibat kes pemerasan

Polis mengesahkan menerima satu aduan berhubung dakwaan kes pemerasan melibatkan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada Rabu lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai, anggota polis didakwa terlibat kes pemerasan

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 09:05AM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 09:07AM

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima satu aduan berhubung dakwaan kes pemerasan melibatkan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Encik Roslan Bek Ahmad berkata pengadu mendakwa ditahan dua individu yang memperkenalkan diri sebagai polis ketika memandu kereta berhampiran UCSI Taman Connaught pada kira-kira 4.00 petang, Selasa lepas.

“Mereka membuat pemeriksaan dalam kereta pengadu dan menjumpai dadah, namun pengadu menafikan dadah dijumpai miliknya.

“Pengadu juga mendakwa ditumbuk di bahagian muka dan dibawa ke Balai Polis Cheras dan semasa di balai, pengadu diberi pilihan sama ada mengaku dadah yang dijumpai tersebut merupakan miliknya atau membayar RM5,000 (S$1,640) dan akan dibebaskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam (14 Apr).

Encik Roslan berkata pengadu kemudian membayar jumlah wang berkenaan sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat pegawai dan anggota yang disyaki terlibat, dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan (pemerasan) dan Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera).

Katanya siasatan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggotanya,” kata beliau.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan