Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PDRM tidak intip akaun media sosial keluarga Istana Johor

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial anggota keluarga Sultan Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
PDRM tidak intip akaun media sosial keluarga Istana Johor

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 04:12PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 04:15PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial anggota keluarga Sultan Johor.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM memberi jaminan kepada Istana Johor bahawa perkara itu tidak berlaku.

“Saya akan memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor untuk menghadap bagi mengangkat maklum perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini (10 Sep).

Akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa media sosial milik beliau dan ayahandanya ‘diintip’ individu tertentu menggunakan teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan Tunku Ismail menerusi catatan Facebook di laman rasminya, HRH Crown Prince of Johor semalam (9 Sep) yang turut mendakwa ramai tentera siber diletakkan dalam laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Ismail dilaporkan mendakwa alat berkenaan yang dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan mengintip dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan