Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB siasat kes remaja Saudi yang dakwa takut dibunuh keluarga

Agensi pelarian PBB sedang menyiasat kes seorang remaja perempuan Saudi yang melarikan diri ke Thailand kerana mendakwa takut dibunuh keluarganya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jan 2019 05:22PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 01:10AM

BANGKOK: Agensi pelarian PBB sedang menyiasat kes seorang remaja perempuan Saudi yang melarikan diri ke Thailand kerana mendakwa takut dibunuh keluarganya sendiri.

Pihak berkuasa Thailand membenarkan Rahaf Mohammed al-Qunun untuk tinggal di negara itu di bawah perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), setelah dia mengurung dirinya di dalam sebuah bilik hotel di lapangan terbang Bangkok.

Video dan mesej daripada belia berusia 18 tahun itu dimuat naik ke satu akaun Twitter yang baru dibuka. Rahaf, yang tiba di Bangkok pada Ahad (6 Jan), berkata dia sedang melarikan diri daripada didera keluarganya.

Menurutnya lagi, dia ingin tinggal di Thailand untuk beberapa hari sebelum mencari perlindungan di Australia.

Bagaimanapun, para pegawai Thailand enggan membenarkannya berada terus di negara itu atas sebab Rahaf tidak mempunyai dokumen-dokumen penting.

Mereka kemudian merancang untuk menghantar Rahaf pulang ke pangkuan keluarganya di Kuwait menerusi satu penerbangan pagi semalam (7 Jan).

Namun, Rahaf enggan pulang dan berkata dia akan dibunuh jika kembali kepada keluarganya.

Sementara itu, Kedutaan Arab Saudi di Thailand menafikan laporan bahawa Riyadh meminta penyerahan balik Rahaf.

Dalam satu catatan Twitter, kedutaan itu menyatakan ia menganggap isu itu sebagai sebuah masalah keluarga. Rahaf sudah mengenal pasti ayahnya selaku seorang pegawai kanan Saudi.

Menurut laporan, ayah Rahaf sudah berada di Thailand.

Namun, UNHCR menyatakan beliau hanya boleh berjumpa dengan Rahaf jika anaknya itu mahu bertemu bapanya. 

Sumber : Reuters/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan