Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB siap dukung AS teruskan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) siap menyokong saranan Amerika Syarikat untuk menghapuskan beberapa sekatan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB siap dukung AS teruskan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara

Para anggota PBBsokong saranan Amerika Syarikat menghapuskan sekatan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara. (Gambar: Drew Angerer/ AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 04:52PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 04:56PM

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) siap menyokong saranan Amerika Syarikat untuk menghapuskan beberapa sekatan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara.

Krisis kemanusiaan Korea Utara itu sudah menyebabkan sekitar 10 juta orang atau hampir separuh penduduk negara itu kekurangan zat makanan, menurut para pegawai PBB yang juga melaporkan penghasilan makanan merosot pada tahun lalu.

Ketetapan PBB menetapkan bahawa sekatan yang dilaksanakan tidak harus menjejas bantuan kemanusiaan. Bagaimanapun, badan-badan bantuan menyatakan bahawa langkah-langkah dagangan dan perbankan yang ketat mewujudkan halangan-halangan birokratik serta menjejas pengaliran masuk bekalan yang penting.

Selepas rundingan yang berlarutan berminggu-minggu lamanya, jawatankuasa sekatan PBB dijangka memberikan kelulusan muktamadnya kepada garis panduan baru tersebut, pada Isnin depan (6 Ogos).

Selain itu, PBB juga berdepan dengan kekurangan pendanaan bagi operasi bantuan di Korea Utara.

Sejauh ini, rayuan pendanaan berjumlah AS$111 juta (S$151 juta) bagi makanan, ubat dan keperluan asas lain bagi enam juta rakyat Korea Utara hanya mampu mengumpulkan AS$12 juta (S$16 juta) iaitu 10.9 peratus daripada jumlah penuh yang diperlukan.

Hanya empat negara tampil dengan derma: Switzerland, Sweden, Kanada dan Perancis.

Sumber : AFP/HS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan