Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB luluskan ketetapan kutuk rampasan kuasa tentera Myanmar

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu ketetapan mengutuk rampasan kuasa tentera di Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB luluskan ketetapan kutuk rampasan kuasa tentera Myanmar

Gambar fail bendera PBB (Gambar: REUTERS/Yana Paskova)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 07:09PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 07:11PM

YANGON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu ketetapan mengutuk rampasan kuasa tentera di Myanmar.

Ia juga menyeru agar kiriman senjata ke Myanmar dihentikan.

Selain itu, perhimpunan tersebut menyeru pemerintah tentera Myanmar
agar mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum pada November lalu dan membebaskan pemimpin pemerintah awam, Aung San Suu Kyi.

Tentera Myanmar tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya itu yang dimenangi parti Cik Suu Kyi atas alasan berlaku penipuan.

Cik Suu Kyi ditahan di rumah sejak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu.

Beliau juga dihadapkan ke mahkamah bagi beberapa pertuduhan termasuk membocorkan rahsia rasmi negara, menerima rasuah dan melanggar peraturan bagi mencegah penularan COVID-19. 

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan