Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB gesa perhebat usaha cegah pemanasan bumi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa masa kian suntuk untuk melambatkan proses pemanasan bumi dan mencegah bencana disebabkan perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2018 05:26PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 12:37AM

LONDON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa masa kian suntuk untuk melambatkan proses pemanasan bumi dan mencegah bencana disebabkan perubahan iklim.

Satu laporan oleh Panel Perubahan Iklim PBB atau IPCC, menyatakan usaha mencegah pemanasan bumi yang berterusan, memerlukan transformasi besar dalam masyarakat dan ekonomi dunia.

Suhu dunia dijangka akan meningkat 1.5 darjah Selsius antara 2030 dengan 2052 - iaitu lebih awal daripada yang dijangkakan.

Namun perangkaan terbaru menunjukkan muka bumi ini bertambah panas dengan 1 darjah Selsius. Peningkatan itu mungkin nampak kecil tetapi cukup untuk menaikkan paras laut dan mengakibatkan kejadian-kejadian ribut, taufan, banjir dan kemarau.

Laporan IPCC itu juga menyarankan langkah-langkah yang harus diambil oleh negara-negara di dunia bagi menghalang kenaikan lanjut suhu bumi.

Misalnya, untuk mengekalkan kenaikan suhu di bawah 1.5 darjah Selsius, pencemaran karbon dioksida perlu diturunkan sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2050.

Mengehadkan kenaikan suhu juga memerlukan pelaburan yang besar iaitu sekitar AS$2.4 trilion (S$3.32 trilion) dalam sistem daya tenaga global setiap tahun sehingga 2035.

Jumlah itu bersamaan dengan 2.5 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan