Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB gesa Myanmar adakan 'siasatan wajar' kekejaman ke atas Rohingya

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru Myanmar supaya mengadakan 'siasatan yang wajar' mengenai kekejaman ke atas kaum Islam Rohingya.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa Myanmar adakan 'siasatan wajar' kekejaman ke atas Rohingya

Ketua tentera Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing dan pegawai tinggi tentera mengadakan pertemuan dengan wakil Majlis Keselamatan PBB. (Gambar: Myanmar News Agency/AFP)

Diterbitkan : 02 May 2018 06:41PM Dikemas Kini : 02 May 2018 06:56PM

NAYPIDAW: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru Myanmar supaya mengadakan 'siasatan yang wajar' mengenai kekejaman ke atas kaum Islam Rohingya.

Ini selepas satu utusan diplomatik dari Majlis Keselamatan PBB menamatkan lawatan ke wilayah Rakhine di Myanmar, di mana 700,000 penduduknya terpaksa melarikan diri daripada operasi tentera Myanmar sejak Ogos tahun lalu.

Para pelarian dan kumpulan-kumpulan hak asasi mendakwa bahawa tentera Myanmar merogol dan membunuh orang awam dan membakar kampung mereka di wilayah Rakhine.

Selain itu, pasukan keselamatan Myanmar dituduh menjalankan proses 'penghapusan kaum' semasa operasi tentera di Rakhine.

Ribuan penduduk Rohingya dilaporkan terbunuh dan ramai lagi melarikan diri ke Bangladesh dan kini cuba pulang semula ke Myanmar.

Dalam lawatan dua hari ke Myanmar itu, para wakil PBB mengunjungi Rakhine dan mengadakan pertemuan dengan ketua pemerintah Myanmar Aung San Suu Kyi dan juga Jeneral Kanan Min Aung Klaing yang mengetuai tentera negara tersebut.

Sebelum ini, Cik Suu Kyi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan jika terdapat bukti yang mencukupi.

"Tidak kira sama ada ia (siasatan) antarabangsa ataupun domestik, asalkan ia boleh dipercayai," tambah beliau.  

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan