Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB gesa lebih banyak sokongan bagi mangsa keganasan seksual di Rohingya

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar langkah-langkah dipertingkat bagi melindungi dan membantu mangsa keganasan seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa lebih banyak sokongan bagi mangsa keganasan seksual di Rohingya

Para pelarian Rohingya tiba di satu kem pelarian. (Gambar: REUTERS/Mohammad Ponir Hossain)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 11:13AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 11:16AM

UNITED NATIONS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar langkah-langkah dipertingkat bagi melindungi dan membantu mangsa keganasan seksual dalam kalangan ribuan pelarian masyarakat Islam Rohingya yang tinggal di sekitar bandar Cox Bazar di Bangladesh, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

"Pemerhatian saya menunjukkan satu corak kekejaman yang meluas, termasuk tindakan merogol, merogol secara berkumpulan oleh para tentera, dihina dan dibogelkan di khalayak ramai, selain perhambaan seksual dalam tahanan tentera yang dilakukan terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita Islam Rohingya," kata Pramila Patten, seorang wakil khas PBB.

Cik Pramila membuat kunjungan ke kem pelarian di Dhaka dan Cox Bazar, dari 5 hingga 13 November. Kunjugan itu bertujuan untuk lebih memahami alam semula jadi, corak dan trend keganasan seksual yang berkaitan dengan konflik di Myanmar.

Beliau juga akan menilai pilihan bagi menyediakan sokongan kepada pemerintah Bangladesh, sistem PBB dan rakan kongsi lain untuk memastikan hak-hak wanita dan kanak-kanak perempuan di negara yang terjejas akibat konflik, dihormati dan ditegakkan di petempatan terbabit.

Bangladesh dalam proses membangunkan pelan tindakan nasional khusus buat wanita. Usaha itu juga bagi keamanan dan keselamatan yang merupakan titik masuk penting kepada tindakan bagi menangani keganasan seksual berkaitan konflik serta pencabulan hak asasi manusia terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Rohingya.

BANTUAN DANA MASIH BELUM MENCUKUPI

Institusi nasional dan masyarakat di kawasan petempatan menjadi terhad berdasarkan keupayaan mereka, bagi menyediakan bahan-bahan asas seperti tempat berlindung, makanan, air dan penjagaan kesihatan utama.

Dari segi program keganasan seksual dan berasaskan jantina, terdapat kekurangan dana yang teruk lebih AS$10 juta (S$13.6 juta) bagi tiga bulan akan datang untuk memberikan perkhidmatan asas termasuk pengurusan kes klinikal, jangkauan masyarakat, meningkatkan kesedaran dan pengagihan bungkusan penjagaan diri yang mengandungi pakaian dan barangan sanitari.

"Masyarakat antarabangsa perlu bersatu padu untuk menyokong pemerintah Bangladesh bagi menangani krisis kemanusiaan dan perlindungan yang besar ini," tambah Cik Pramila.

Beliau berkata semua wanita yang ditemu bual mahu pesalah seksual terbabit diheret ke muka pengadilan, dan pihak yang berkenaan harus memastikan bahawa kekejaman seperti itu tidak lagi berulang.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan