Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB beri amaran jumlah pelarian Afghanistan mungkin cecah 1 juta jelang akhir tahun

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pada Jumaat (27 Ogos) bahawa ia menjangkakan sehingga setengah juta lagi pelarian Afghanistan menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB beri amaran jumlah pelarian Afghanistan mungkin cecah 1 juta jelang akhir tahun

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 11:30AM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 01:18PM

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pada Jumaat (27 Ogos) bahawa ia menjangkakan sehingga setengah juta lagi pelarian Afghanistan menjelang akhir tahun ini.

Sedang krisis membelenggu negara itu, ribuan rakyat Afghanistan dilaporkan memasuki Iran setiap hari, sementara para pedagang terus berulang-alik dari Afghanistan ke Pakistan, kata Kelly Clements, timbalan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian.

"Walaupun kita belum melihat aliran keluar yang besar dari Afghanistan pada ketika ini, keadaan di Afghanistan semakin meruncing daripada yang dijangkakan," kata Cik Clements semasa taklimat media di Geneva.

"Dari segi jumlah pelarian, kami sedia untuk hadapi sekitar 500,000 pelarian baru di rantau itu. Ini adalah senario terburuk," tambahnya.

2.2 JUTA PELARIAN AFGHAN KINI DI NEGARA JIRAN

Beliau menekankan khususnya keperluan untuk meningkatkan sokongan kepada negara-negara jiran yang sudah menempatkan lebih 2.2 juta pelarian Afghanistan, dan yang akan menyaksikan kemasukan baru tidak lama lagi.

Bahkan sebelum Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan hampir dua minggu lalu, keadaan kemanusiaan di negara itu telah merosot secara mendadak.

Separuh daripada penduduknya sudah memerlukan bantuan kemanusiaan, dan separuh daripada semua kanak-kanak di bawah lima tahun mengalami kekurangan zat yang akut.

PBB pada Jumaat membentangkan rancangan untuk agensi PBB dan NGO rakan kongsinya untuk bersiap sedia untuk bertindak bagi menghadapi krisis yang sedang berlaku di Afghanistan dan di negara-negara jiran.

Ia merayu untuk mendapatkan AS$300 juta (S$403.8 juta) dengan segera untuk membiayai rancangan itu.

"Kami merayu semua negara yang berjiran dengan Afghanistan untuk membuka sempadan agar mereka yang mencari perlindungan boleh mendapatkan perlindungan," rayu Cik Clements.

Khususnya Iran dan Pakistan, yang menempatkan 90 peratus pelarian Afghanistan di wilayah itu, selain sekitar 3 juta lagi warga Afghanistan lain yang mendapat status pelarian, "akan memerlukan banyak sokongan", katanya.

Lebih daripada 80 peratus mereka yang hilang tempat tinggal tahun ini di Afghanistan adalah wanita dan kanak-kanak. 

Sumber : CNA/Agensi/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan