Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paus besar terdampar di utara Perancis

Pakar haiwan di Perancis berkata pada Ahad (7 Nov) mereka sedang bersiap untuk menjalankan bedah siasat ke atas seekor ikan paus sepanjang 19 meter yang mati selepas terdampar di pelabuhan utara Calais.

Anggaran Waktu Membaca:
Paus besar terdampar di utara Perancis

Seekor paus 'fin whale' mati terdampar di pelabuhan Calais, utara Perancis, pada 7 Nov 2021. (Gambar: BERNARD BARRON / AFP)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 09:24AM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 09:26AM

CALAIS: Pakar haiwan di Perancis berkata pada Ahad (7 Nov) mereka sedang bersiap untuk menjalankan bedah siasat ke atas seekor ikan paus sepanjang 19 meter yang mati selepas terdampar di pelabuhan utara Calais.

Ikan paus jenis 'fin whale' seberat kira-kira 15 tan itu, terdampar sendiri selepas mengalami kecederaan. Ini fenomena yang jarang berlaku di kawasan tersebut.

"Ia adalah haiwan betina, berumur kira-kira 30 tahun, yang terkandas pada Sabtu (6 Nov)," kata Jacky Karpouzopoulos dari kumpulan perlindungan haiwan CMNF kepada AFP.

"Haiwan itu sakit tetapi ia sampai ke pelabuhan Calais dalam keadaan masih hidup, kemudian ia bergerak terlalu dekat dengan kawasan batu-batu lalu terkandas."

Encik Karpouzopoulos berkata ikan paus itu akan ditarik ke kawasan di mana mereka boleh menjalankan bedah siasat pada Selasa (9 Nov).

Ikan paus jenis 'fin whale' adalah spesies mamalia kedua terbesar di dunia selepas paus biru, disenaraikan sebagai hampir terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Beberapa spesies ikan paus hidup di perairan sekitar Perancis.

Awal tahun ini, seekor ikan paus kelasa (humpback whale) ditemui terdampar di pantai di selatan Mediterranean Perancis.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan