Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Patuh kepada SOP bila sambut Aidiladha suatu pengorbanan

"Pengorbanan kita dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perkara di luar kebiasaan. Itulah pengorbanan. Kita harus menyambut Aidiladha dengan patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Patuh kepada SOP bila sambut Aidiladha suatu pengorbanan

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Jul 2021 08:49AM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 08:58AM

KUALA LUMPUR: "Pengorbanan kita dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perkara di luar kebiasaan. Itulah pengorbanan. Kita harus menyambut Aidiladha dengan patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan.

"Elakkan sekali-kali daripada menyanggah ketetapan kerajaan seperti had maksimum solat, had maksimum petugas korban dan sebagainya."

Demikian ditegaskan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang Abu Mansur Maturidi Mohd Romli ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, kesabaran adalah hikmah terbesar dalam pengorbanan dan semakin ramai yang hilang sabar apabila perlu berkorban.

"Meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam segala aspek ialah pengorbanan terbesar setiap hamba Allah," katanya.

Suasana sekitar bazar Ramadan beberapa bulan lalu. (Gambar:  AP)

Dengan merujuk kepada pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di Malaysia dan juga seluruh dunia, beliau menambah, tempoh krisis kesihatan yang sedang dialami ini sebenarnya juga menguji sejauh mana pengorbanan setiap individu  dalam berhadapan dengan saat sukar ini.

Ini adalah kali kedua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana pandemik COVID-19 dan perlu akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

ZAHIR RASA SYUKUR

Bercakap mengenai ibadah korban, Encik Abu Mansur Maturidi berkata, ibadah korban ini disunatkan kepada orang-orang yang berkemampuan atau orang-orang yang ada lebihan dalam kehidupan harian sebagai menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

"Aidiladha atau hari raya korban memperingatkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia disambut bagi menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Dalam erti kata lain, ketaatan kepada Allah memerlukan pengorbanan," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

(Gambar fail: BERNAMA)

Gambar fail: AFP

Encik Abu Mansur Maturidi berkata jika sebelum ini (sebelum pandemik COVID-19), ibadah korban disambut dengan kadar "asal boleh", namun dengan penularan virus berkenaan, dapat dilihat ibadah korban dilaksanakan lebih teratur.

"Lebih teratur dengan keperluan perancangan dan pelaksanaan agar mematuhi SOP ibadah. Sepertimana hari raya Aidilfitri, hari raya haji ini juga perlu diraikan dalam suasana sederhana. Apabila disambut secara sederhana ia akan menimbulkan kerendahan jiwa kita berbanding kita menyambut dalam keadaan serba seronok dan meriah," katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan