Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelidikan diterajui M'sia diiktiraf WHO bagi wadah sehenti data COVID-19

Memandangkan terdapat banyak maklumat salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, para penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelidikan diterajui M'sia diiktiraf WHO bagi wadah sehenti data COVID-19

Petikan laman CoronaTracker.

Diterbitkan : 23 Mar 2020 01:51PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 01:55PM

KUALA LUMPUR: Memandangkan terdapat banyak maklumat salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, para penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini.

Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi ciptaan sebuah platform sehenti untuk data dan berita berkaitan COVID-19 yang dinamakan CoronaTracker.

Ia merupakan projek berasaskan masyarakat yang bermula dengan pelibatan seramai 400 sukarelawan di seluruh dunia merangkumi para saintis data, pengamal perubatan profesional, pereka user interface/user experience (UI/UX), pembangun web (full stack developers) serta orang awam.

Sejauh ini, projek itu mempunyai lebih dariapda 1800 sukarelawan.

Laman web https://www.coronatracker.com, merupakan wadah bagi orang ramai mendapatkan perkembangan berita terkini mengenai COVID-19 serta mengumpulkan data bagi analisis lanjut.

Pasukan yang diketuai Fairoza Amira Hamzah, 29, menghasilkan kertas penyelidikan bertajuk “CoronaTracker: Analisis Data dan Ramalan Wabak COVID-19 di seluruh dunia”, bertujuan untuk membuat ramalan mengenai kes COVID-19, kematian dan pemulihan melalui model ramalan dan menguraikan pola mengenai sentimen orang awam berkaitan penyebaran maklumat kesihatan.

“Maklumat kami boleh dipercayai kerana sumber disahkan sebelum dimasukkan ke dalam laman web dan dikongsi dengan orang ramai," jelas Dr Fairoza seorang pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Sains Maklumat dan Kejuruteraan Kawalan dari Universiti Teknologi Nagaoka, Jepun.

Beliau berkata kerja keras selama dua bulan sejak 25 Jan lepas berbaloi apabila kertas penyelidikan beliau sepasukan diterbitkan dalam buletin online WHO.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan