Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelidik bimbang ribuan mungkin sudah dijangkiti virus pneumonia Wuhan

Para pengkaji menyatakan jumlah mereka yang dijangkiti virus seperti Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang sejauh ini sudah mengorbankan dua nyawa di China, mungkin beratus-ratus lebih ramai daripada jumlah rasmi yang dilaporkan setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelidik bimbang ribuan mungkin sudah dijangkiti virus pneumonia Wuhan

Penularan berlaku di bandar Wuhan. (Gambar: AFP/Noel Celis)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 12:58PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:42AM

LONDON: Para pengkaji menyatakan jumlah mereka yang dijangkiti virus seperti Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang sejauh ini sudah mengorbankan dua nyawa di China, mungkin beratus-ratus lebih ramai daripada jumlah rasmi yang dilaporkan setakat ini.

Menurut pihak berkuasa China, pneumonia atau radang paru-paru yang dikaitkan dengan virus itu sudah dijangkiti 41 orang di negara itu, dengan penularannya tertumpu kepada sebuah pasar makanan laut di bandar Wuhan.

Namun begitu, kertas kajian yang diterbitkan pada Jumaat (18 Jan) oleh
Pusat MRC untuk Analisis Penyakit Berjangkit Global di Kolej Imperial London menyatakan jumlah mereka yang dijangkiti di bandar berkenaan mungkin melebihi ribuan orang.

Para saintis di pusat tersebut - yang memberi nasihat kepada badan-badan termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - menyatakan mereka menganggarkan terdapat "1,723 kes secara keseluruhannya" di Wuhan yang mungkin sudah dijangkiti virus tersebut seawal 12 Januari lalu.

Para pengkaji menggunakan jumlah kes yang dilaporkan di luar China setakat ini - dua di Thailand dan satu di Jepun - untuk menyimpulkan berapa ramai yang mungkin dijangkiti di bandar tersebut, berdasarkan data penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Wuhan.

Pihak berkuasa China baru-baru ini mendedahkan empat lagi kes baru di negara tersebut.

Sebelum ini dua orang meninggal dunia akibat jangkitan virus itu.  

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan