Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelamat Jepun pergiat usaha mencari mangsa sedang angka korban taufan cecah 74

Angka korban akibat taufan Hagibis, yang melanda Jepun pada hujung minggu lalu, sudahpun mencecah 74 orang. Pasukan penyelamat terus mempergiat usaha mencari puluhan mangsa yang masih hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelamat Jepun pergiat usaha mencari mangsa sedang angka korban taufan cecah 74

Keadaan rumah-rumah di yang ranap akibat banjir di Nagano setelah Taufan Hagibis menlanda Jepun. (Gambar: Kazuhiro NOGI/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 07:47PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 07:49PM

TOKYO: Angka korban akibat taufan Hagibis, yang melanda Jepun pada hujung minggu lalu, sudahpun mencecah 74 orang. Pasukan penyelamat terus mempergiat usaha mencari puluhan mangsa yang masih hilang.

Kira-kira 13,000 rumah tenggelam akibat ribut dahsyat tersebut.

Taufan Hagibis pada hujung minggu lalu menjejas teruk ratusan buah rumah dan juga hospital berhampiran Sungai Tamagawa iaitu sungai utama yang merentasi tiga wilayah.

Para penduduk kini bergotong-royong untuk membersihkan lumpur. Kakitangan sebuah hospital yang terjejas pula sibuk mengalihkan peralatan perubatan dan perabot.

Air bah sampai ke paras dada semasa ribut itu melanda. Mujur, semua pesakit sempat dipindahkan ke hospital lain dalam masa sehari.

Pihak hospital menyatakan kerja-kerja pembersihan akan mengambil masa beberapa hari. Banyak perkakas perubatan juga rosak dan perlu digantikan.

Tempat-tempat lain yang terjejas teruk termasuk kawasan perumahan di Kanagawa yang ditimbus lumpur. 

Sumber : AFP/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan