Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan peguam Trump beri respons terhadap 2 pertuduhan

Pasukan peguam Presiden Donald Trump memberikan respons terhadap dua pertuduhan ke atas pemimpin Amerika Syarikat itu yang akan dibicarakan dalam Dewan Senat pada Selasa (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan peguam Trump beri respons terhadap 2 pertuduhan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 08:24PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 08:26PM

WASHINGTON: Pasukan peguam Presiden Donald Trump memberikan respons terhadap dua pertuduhan ke atas pemimpin Amerika Syarikat itu yang akan dibicarakan dalam Dewan Senat pada Selasa (21 Jan).

Menerusi satu dokumen enam muka surat, para peguam Presiden Trump menyifatkan pembicaraan minggu depan di Dewan Senat sebagai sesuatu yang melanggar perlembagaan negara dan 'serangan berbahaya' terhadap rakyat Amerika serta hak mereka untuk mengundi.

Presiden Trump dibicarakan atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya apabila menahan bantuan kepada Ukraine bagi mendesak negara Eropah itu supaya melakukan siasatan terhadap seorang saingan politiknya.

Beliau juga dituduh menghalang tugas Dewan Kongres apabila melarang para pegawai kanannya daripada memberi keterangan semasa siasatan kes itu dilakukan.

Perbicaraan di Dewan Senat yang dikuasai parti Republikan itu disambung pada Selasa ini.

Presiden Trump menolak semua tuduhan itu. Beliau sebaliknya menuduh para anggota Democrat yang menguasai Dewan Perwakilan cuba mengubah kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2016.

Perbicaraan di Dewan Senat itu dijangka tidak berakhir dengan pemecatan Presiden Trump kerana tiada senator dari parti Republican yang menyuarakan sokongan ke arah itu.
 

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan