Images
  • pink

Pasukan khas polis wanita Delhi buat rondaan dengan topi keledar, skuter merah jambu

NEW DELHI: Polis di India membentuk sebuah pasukan khas terdiri daripada 16 polis wanita untuk membuat rondaan di jalan-jalan raya di timur laut New Delhi.

Lengkap dengan topi keledar dan skuter berwarna merah jambu, tugas khas mereka adalah untuk mencegah jenayah terhadap wanita.

Mereka membuat rondaan pada waktu pagi ketika pelajar-pelajar perempuan keluar untuk ke sekolah dan di sebelah petang apabila kaum wanita dan kanak-kanak mengunjungi taman-taman.

New Delhi mencatatkan kadar jenayah terhadap wanita yang tertinggi di negara itu.

Namun demikian, para pengkritik menyatakan warna merah jambu yang digayakan pegawai polis wanita membezakan mereka dari rakan sejawatan lelaki mereka dan hanya mengukuhkan lagi stereotaip jantina di negara itu.  

- Agensi berita/NF/na

Top