Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan Demokratik Syria isytihar pertempuran terakhir tumpaskan ISIS

Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika melancarkan apa yang disifatkan sebagai "pertempuran terakhir" menumpaskan ISIS. Operasi tersebut dilancarkan pada Sabtu (9 Feb) di timur Syria, dekat dengan sempadan Iraq yang merangkumi dua buah kampung.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2019 04:57PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 09:11PM

BEIRUT: Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika melancarkan apa yang disifatkan sebagai "pertempuran terakhir" menumpaskan ISIS. Operasi tersebut dilancarkan pada Sabtu (9 Feb) di timur Syria, dekat dengan sempadan Iraq yang merangkumi dua buah kampung.

Matlamatnya adalah menghapuskan kubu terakhir ISIS di kawasan yang dikuasai SDF. Menurut seorang pegawai SDF, lebih 20,000 orang awam dipindahkan dari kawasan-kawasan terjejas sejak 10 hari lalu. SDF kini berharap akan dapat menumpaskan ISIS menjelang hujung bulan ini.

Minggu lalu, Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan tentera perikatan pimpinan Amerika akan dapat menguasai semula kawasan yang pernah dikuasai ISIS, dalam beberapa minggu mendatang. Perkara itu diumumkan ketika Presiden Trump merancang untuk mengundurkan askar-askar Amerika daripada Syria.

ISIS semakin hilang pengaruh sejak kubu kuatnya gugur di bandar Raqqa di Syria dan Mosul di Iraq pada 2017. Namun ramai memberi amaran ISIS akan terus menjadi ancaman walaupun ia hilang penguasaan wilayah.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan