Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan Aweta M'sia tiba di Kutub Selatan

Pasukan All Women Expedition to Antartica (Aweta) Malaysia, yang kini dalam satu misi untuk mencari sebuah kapsul masa yang ditanamkan di benua selatan, sudah sampai ke kawasan Kutub Selatan pada awal Rabu (25 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Aweta M'sia tiba di Kutub Selatan

Pasukan All Women Expedition to Antarctica Malaysia mengambil gambar setelah tiba di Antartika. (Gambar: aweta2018/Facebook)

Diterbitkan : 26 Dec 2019 12:04PM Dikemas Kini : 26 Dec 2019 12:05PM

SHAH ALAM: Pasukan All Women Expedition to Antartica (Aweta) Malaysia, yang kini dalam satu misi untuk mencari sebuah kapsul masa yang ditanamkan di benua selatan, sudah sampai ke kawasan Kutub Selatan pada awal Rabu (25 Dis).

Pasukan tersebut, yang diketuai pengembara kutub, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, tiba di Antartika pada kira-kira 2.00 pagi waktu Malaysia dan kini hanya berada 89 darjah dari Kutub Selatan, lapor Bernama.

Aweta, yang memulakan perjalanan yang sangat mencabar itu pada 18 Disember lalu, djadual menamatkan misinya pada 3 Januari ini.

Kapsul masa tersebut ditanamkan oleh Dr Sharifah Mazlina sendiri semasa misi pertamanya ke Antartika pada 2004.

Menurut seorang jurucakap Aweta, pasukan itu dalam keadaan baik dan sedang cuba menyesuaikan diri dengan iklim Antartika.

"Sejauh ini, pasukan itu berjaya mengembara dua kilometer dan cuaca di sana cerah dengan suhu sekitar 29 darjah Selsius bawah sifar," menurutnya.

Misi mencari kapsul berkenaan mungkin memerlukan sedikit usaha kerana kedudukannya mungkin sudah berganjak atau tenggelam setelah ditanamkan dalam air selama 14 tahun. Ada juga kemungkinan ia beralih ke kawasan Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat di benua tersebut.

Selain Dr Sharifah Mazlina, Aweta meliputi sekumpulan wanita yang berjaya: ahli farmasi Nurul Atiqah Tamarun, 31 tahun; Korporal Tentera Siti Jumaidah Bensali, 34 tahun; serta pegawai pentadbiran dan diplomat Kementerian Dalam Negeri Salehah Abu Nor, 33 tahun.  

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan