Images
  • kebakaran malaysia sahur
    (Gambar: BERNAMA)

Pasar Raya terbakar, bantuan makanan untuk golongan miskin musnah

KOTA BHARU: Sebuah pasar raya di Mulong, musnah terbakar awal pagi tadi bersama pelbagai barang makanan yang sepatutnya diagihkan kepada golongan fakir dan miskin.

Pengurus operasi pasar raya Azmi Abdul Samad berkata kebakaran jam 4 pagi tadi disedari seorang pengawal keselamatan yang segera memaklumkan
kepada pengurus pasar raya itu.

"Apa yang menyedihkan, sudah menjadi aktiviti tahunan kami semasa Ramadan untuk mengagihkan makanan asas seperti beras, minyak, gula dan susu kepada 50 fakir miskin sekitar Mulong," kata Encik Azmi.

"Barangan makanan itu sudah dibungkus an dijadual diagihkan Khamis dan Jumaat depan,"katanya semasa ditemui wartawan di tapak kejadian.

Bagaimanapun, katanya, syarikat tersebut akan tetap mengagihkan bantuan berkenaan manakala 33 kakitangannya buat sementara dihantar bekerja di cawangan lain. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERNAMA/TQ/tq

Top