Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasar raya New Zealand henti sementara jual pisau, gunting susuli serangan pengganas

Kumpulan pasar raya New Zealand, Countdown, hari ini (4 Sep) menyatakan ia sudah menarik balik semua pisau dan gunting daripada rak-rak pasar rayanya sehari selepas seorang lelaki, yang disifatkan sebagai pelampau oleh pihak berkuasa, menikam enam orang di salah satu cawangan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar raya New Zealand henti sementara jual pisau, gunting susuli serangan pengganas

Polis memindahkan para pekerja kedai-kedai berdekatan serangan pengganas di New Zealand pada 3 Ogos. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 12:25PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 12:30PM

WELLINGTON: Kumpulan pasar raya New Zealand, Countdown, hari ini (4 Sep) menyatakan ia sudah menarik balik semua pisau dan gunting daripada rak-rak pasar rayanya sehari selepas seorang lelaki, yang disifatkan sebagai pelampau oleh pihak berkuasa, menikam enam orang di salah satu cawangan syarikat itu.

"Semalam (3 Sept), kami membuat keputusan untuk menarik balik buat sementara semua pisau dan gunting daripada rak-rak kami sedang kami membuat pertimbangan sama ada kami patut terus menjual produk-produk tersebut," kata Cik Kiri Hannifin, pengurus Countdown bagi keselamatan.

"Kami mahu semua anggota pasukan kami untuk rasa selamat apabila mereka datang bekerja, terutama sekali selepas insiden semalam," kata beliau dalam satu kenyataan media.

Rantaian pasar raya lain juga sudah berhenti menjual pisau-pisau tajam, lapor media tempatan.

Polis menembak mati penyerang tersebut, iaitu seorang warga Sri Lanka yang tidak boleh didedahkan namanya disebabkan arahan mahkamah.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata lelaki itu terpengaruh dengan kumpulan militan ISIS dan sudah berada di bawah pengawasan teliti polis.

Polis mengekori lelaki tersebut apabila dia memasuki pasar raya Countdown di pusat beli-belah New Lynn di Auckland. Para pegawai berkata mereka menyangka lelaki itu mengunjungi tempat tersebut untuk membeli-belah tetapi dia mengambil pisau dari rak-rak pasar raya dan menikam orang.

Polis menyatakan para pegawainya menembak lelaki itu kurang seminit selepas dia mula menyerang. Tiga daripada enam mangsanya dalam keadaan tenat.

PM Ardern berkata penyerang itu sudah di bawah pengawasan sejak 2019 kerana menyokong ideologi pengganas yang dipengaruhi oleh ISIS. Mengikut undang-undang, lelaki itu tidak boleh dipenjarakan. Oleh itu, dia sebaliknya terus dipantau.

Pemerintah meminta agar perintah mahkamah diangkat agar lebih banyak maklumat tentang lelaki itu boleh didedahkan kepada orang awam.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan