Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasar ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun rasmi ditutup selepas 80 tahun

Pasar ikan Tsukiji yang sering dibanjiri penduduk tempatan mahupun para pelancong ditutup selepas 80 tahun beroperasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2018 08:32PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 12:22AM

TOKYO: Pasar ikan Tsukiji yang sering dibanjiri penduduk tempatan mahupun para pelancong ditutup selepas 80 tahun beroperasi.

Para peniaga dan pekerja, bagaimanapun, masih berasa bimbang tentang tapak ganti pasar itu.

Pasar itu akan dibuka semula di tapak yang baru pada 11 Oktober. Tapak tesebut dilaporkan bernilai AS$5 bilion (S$7 bilion) dan sebelum ini menempatkan sebuah loji gas.

Langkah untuk berpindah ke tempat yang baru tertangguh selama bertahun-tahun kerana ramai melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan di tempat yang baru. Lantaran itu, beberapa langkah tambahan akan dilaksanakan bagi memastikan tiada pencemaran di Toyusu.

Terdapat lebih 500 peniaga di Pasar Tsukiji yang menggajikan beribu-ribu penduduk. Meskipun berasa sedih untuk meninggalkannya, mereka akur keadaan pasar sudah terlalu usang untuk menampung operasinya yang semakin besar.

Sekitar 40,000 orang berkunjung ke tempat itu setiap hari.

"Penutupan pasar ini tidak bermakna para peniaga Pasar Tsukiji tidak lagi dapat berniaga. Kami hanya ingin berpindah ke pasar yang baru," kata seorang peniaga di pasar itu, Yasuhiro Yamazaki.

Tapak pasar Tsukiji yang sedia ada akan dijadikan sebagai tempat meletak kereta bagi acara Sukan Olimpik 2020. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan