Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasar dibenar sambung operasi di Wilayah Persekutuan M'sia mulai 15 Jun

Semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun ini, tertakhluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar dibenar sambung operasi di Wilayah Persekutuan M'sia mulai 15 Jun

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 06:47PM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 06:54PM

PUTRAJAYA: Semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun ini, tertakhluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk waktu operasi yang terhad bagi pasar pagi dan pasar terbuka (6.00 pagi hingga 11.00 pagi), pasar malam (4.00 petang hingga 10.00 malam) dan bazaria (5.00 petang hingga 11.00 malam).

“SOP itu juga merangkumi jarak sosial kedudukan gerai ditetapkan iaitu 1.5 meter hingga dua meter dan lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala.

“Pasar-Pasar ini termasuk yang menjual makanan dibenarkan hanya menjual secara bawa pulang sahaja. Peniaga juga perlu memakai pakaian perlindungan diri, sarung tangan dan pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Sabtu (6 Jun).

Pada masa sama, peniaga serta pengunjung diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak menutup mana-mana perniagaan yang tidak mematuhi SOP itu.

Encik Ismail Sabri berkata SOP itu turut boleh diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pasar-pasar di seluruh Malaysia.

Sementara itu, katanya seramai 21 individu ditahan dan direman semalam atas kesalahan ingkar arahan PKPB.

Beliau berkata polis turut mengeluarkan kompaun kepada 277 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB namun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Sejumlah 32 kenderaan turut diarah berpatah balik selepas didapati cuba melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran, dan antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi ialah Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan