Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan yang dipercayai simbah air panas ke anak ditahan reman

Sepasang suami isteri direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera anak mereka dengan menyimbah air panas gara-gara menghabiskan makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan yang dipercayai simbah air panas ke anak ditahan reman

Gambar lakonan penderaan anak (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 07 Jan 2019 08:11PM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 08:13PM

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera anak mereka dengan menyimbah air panas gara-gara menghabiskan makanan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula hari ini (7 Jan) hingga Khamis (10 Jan) selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Zahirah Othman.

Bapa berusia 42 tahun itu dan isterinya berumur 34 tahun tiba di bilik reman pada 11.30 pagi dan keluar dari bilik itu 20 minit kemudian.

Pasangan itu yang ditahan polis semalam (6 Jan).

Dalam kejadian minggu lepas itu, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur selepas disiram air panas oleh bapanya selepas dia dipercayai menghabiskan makanan keluarganya di rumah mereka.

Dalam kejadian jam 1.00 pagi itu, mangsa yang merupakan anak tunggal perempuan daripada empat beradik melecur di bahagian lengan, rusuk dan dada kanan, namun keadaannya dilaporkan stabil. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan