Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan suami isteri ditemui lemas di laut

Pasangan suami isteri yang hilang dipercayai terjatuh daripada bot ke laut ditemui lemas di perairan Kuala Perlis di sini, kira-kira 4.50 petang Sabtu (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan suami isteri ditemui lemas di laut

Sepasang suami isteri ditemui lemas di laut (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jan 2019 04:57PM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 04:59PM

KUALA PERLIS: Pasangan suami isteri yang hilang dipercayai terjatuh daripada bot ke laut ditemui lemas di perairan Kuala Perlis di sini, kira-kira 4.50 petang Sabtu (5 Jan).

Mayat Muhamad Zaini Panjang Karim, 55 tahun, dan isterinya Azizah Yatim, 49 tahun, ditemui terapung-apung oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurut kenyataan agensi itu, pasangan nelayan tersebut ke laut pada 6.00 pagi dan tidak pulang tengah hari semalam, menyebabkan anggota keluarga mereka membuat laporan kepada APMM.

“Pasukan APMM menemui bot mereka dengan enjin masih hidup di perairan Pulau Dayang Bunting berdekatan Langkawi,” menurut kenyataan itu.

Mayat pasangan itu kemudian dibawa ke pelantar jeti Kastam pada 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan