Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan muda mengaku tidak bersalah beri anak hisap vape

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat (10 Jun) atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka berusia setahun sembilan bulan dengan memberi kanak-kanak itu menghisap vape bulan lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan muda mengaku tidak bersalah beri anak hisap vape

Gambar hiasan seorang bayi. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 08:56PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 08:57PM

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat (10 Jun) atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka berusia setahun sembilan bulan dengan memberi kanak-kanak itu menghisap vape bulan lepas.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing berusia 23 dan 21 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, didakwa secara bersama-sama telah mengabaikannya dengan cara memberi kanak-kanak itu menghisap vape yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves di sini, pada 1.00 pagi, 2 Mei lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 (S$16,070) atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar menawarkan jaminan RM8,000 (S$2,570) dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun pasangan itu yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.

Hakim Nor Rajiah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 (S$1,930) dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan dilarang tinggal serumah dengan mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pada 5 Mei lepas, Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memberi anak lelakinya menghisap vape susulan laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas video rakaman kejadian tular menerusi media sosial.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan