Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan kekasih ditahan bantu siasatan kes buang bayi

Sepasang kekasih berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, Putrajaya pada Khamis (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan kekasih ditahan bantu siasatan kes buang bayi

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 08:03AM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 08:06AM

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, Putrajaya pada Khamis (7 Feb).

Turut ditahan bapa remaja perempuan yang disyaki melahirkan bayi itu. Ketiga-tiga mereka ditahan petang Khamis di sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Encik Mazlan Lazim berkata remaja perempuan itu dipercayai melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi Rabu lepas ketika kandungan berusia tujuh hingga lapan bulan.

“Dia dipercayai menutup mulut bayi itu dengan tuala, membalut badan bayi dengan selimut dan dimasukkan ke dalam beg sekolah. .. beg sekolah itu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang diikat dan diletak di luar rumah bersama sampah lain dan dibuang oleh bapa suspek ke rumah sampah di kawasan perumahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam (8 Feb).

Beliau berkata remaja perempuan itu ditahan reman empat hari manakala bapanya yang berusia 43 tahun serta remaja lelaki terbabit direman dua hari bermula semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Encik Mazlan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat semalam.

Pagi Khamis, mayat bayi perempuan ditemui pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan