Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan, anak dari negara-negara dibenarkan boleh mohon masuk M'sia

Pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang boleh memohon kebenaran untuk masuk ke negara itu, kata Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan, anak dari negara-negara dibenarkan boleh mohon masuk M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 08:04AM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 08:05AM

PUTRAJAYA: Pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang boleh memohon kebenaran untuk masuk ke negara itu, kata Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Bagaimanapun katanya, pertimbangan kebenaran masuk itu hanya untuk pemohon dari negara-negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia sahaja.

“Bagi negara-negara yang dikenakan sekatan kebenaran masuk, permohonan kebenaran masuk tidak akan dipertimbangkan sehingga ada satu keputusan baharu menarik balik sekatan kebenaran masuk bagi negara-negara tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan pada Isnin (14 Sep).

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee menambah pemohon yang dibenarkan masuk ke Malaysia adalah isteri, suami atau anak kepada warganegara Malaysia/Penduduk Tetap.

Menurut beliau lagi, suami dan isteri warga asing tersebut juga mestilah sudah berkahwin secara sah mengikut undang-undang dikuatkuasakan di Malaysia dan mendaftarkan perkahwinan dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau berdaftar dengan Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Luar Negara.

Beliau berkata permohonan perlu dibuat melalui e-mel gforce [at] imi.gov.my dan ia akan diproses serta dibawa ke mesyuarat Task Force Kemasukan Warga Asing ke Malaysia bagi penilaian sebelum kebenaran masuk diberikan.

Pemohon boleh melayari laman web www.imi.gov.my bagi mendapatkan tatacara dan panduan permohonanan masuk bagi kategori tersebut sebelum menghantar permohonan lengkap ke gforce [at] imi.gov.my

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan